Jumaat, 28 November 2014

Aku Obesiti 120KG Gemuk nak Kurus - Bahagian 0

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua.

Terima kasih kerana sudi singgah untuk membaca entri ini.

Entri ini berceritakan tentang bermulanya kembara cabaran aku nak kurus.
Dan sudah pasti saya akan lakukan cabaran ini dengan mengambil suppliment Shaklee.

Alhamdulillah.
Bersyukur sangat-sangat kepada Allah kerana memakbulkan doa aku, umi, ayah, dan isteri tercinta yang tidak putus-putus supaya aku kurus.

Kejutan 'elektrik' pada 23 November 2014.

Sedang duk syok-syok berdiskusi tentang topik hangat, nak kurus.

Tetiba, Sifu Firdaus offer nak jadi personal coach kurus aku.

TERKEJUT!

SENTAP DALAM KEADAAN HAPPY!

Kena pantas! Peluang datang terus sambar macam helang!

"SAYA NAK KURUS FIRDAUS! Tolong saya untuk kurus."

"Saya takut Afham lakukan setengah jalan je. Afham rela ke untuk saya 'kerjakan'?"

"Saya sanggup! Tolong 'kerjakan' saya sampai kurus! Kalau saya macam nak give-up, tolong push saya Firdaus. Saya nak sangat-sangat kurus."

Anda boleh check entri pada Facebook saya.

Tarikh keramat ini, 23 November 2014.

Sifu Firdaus kirakan Basal Metabolic Rate (BMR) dan Daily Calorie Requirement (DCR) aku menggunakan kalkulator di blog SusuSejat dot Com (cari pada bahagian kanan bawah webnya).

BMR ni bahasa mudahnya ialah kadar metabolisma basal, atau kadar pembakaran tenaga oleh badan kita walaupun hanya dengan duduk bersahaja tanpa aktiviti.

DCR ni bahasa mudahnya ialah jumlah kalori yang diperlukan badan setiap hari.

Berikut ialah hasilnya, berdasarkan ketinggian dan berat aku.

BMR aku: 2086 kcal sehari
DCR aku: 2503 kcal sehari

*kcal ialah kilo-kalori, singkatan bagi unit kalori.

Fasa Pertama, 100KG

Firdaus menelefon aku, menceritakan misi aku untuk Fasa Pertama.
Fasa Pertama ialah penurunan berat aku dari 120KG kepada 100KG.

Misi aku ialah untuk memastikan pengambilan kalori yang seimbang dengan pembakarannya.
Dengan keseimbangan ini, insyAllah aku dapat kuruskan badan aku.

Misi Fasa Pertama:
Calorie intake (Pengambilan kalori): 1500kcal + 500kcal
Calorie burn (Pembakaran kalori): 500kcal

Kenapa pengambilan kalori 1500kcal + 500kcal?

Sekiranya anda menggunakan telefon pintar yang menggunakan android OS, anda boleh dapatkan apps myfitnesspal secara percuma di Google Play Store.

Dengan menggunakan myfitnesspal, aku dapat tahu, aku perlu hadkan pengambilan kalori aku kepada hanya 1500kcal sehari.

Bayangkan, DCR aku 2503kcal, tapi aku terpaksa hadkan pengambilan kalori kepada 1500kcal sehari untuk kurus. Lembik beb, lembik aku nanti. Silap-silap, bukan kurus, tapi makin besar. Sebab lapar tak cukup tenaga, nampak benda sedap depan mata pasti balun punya la!

Jadi, untuk elakkan dari badan aku kekurangan tenaga, aku perlu tambah kalori sebanyak 500kcal dalam diet seharian aku. Kalau macam ni, baik aku tulis pengambilan kalori 2000kcal terus ye dok?

Hehe. Tergelak kecil aku. hehe. sekali lagi. Rasa geli hati.

Ada tujuan la kenapa pengambilan kalori ditulis "1500kcal + 500kcal". Agak-agak kenapa?
Jawapannya supaya senang aku kenal pasti, 1500kcal merupakan jumlah sebenar had kalori yang patut aku ambil seharian. Disebabkan had kalori harian itu agak rendah, jadi aku perlu tambahan kalori +500kcal untuk mengelakkan badan aku dari kekurangan tenaga.

Namun apa pula pembakaran kalori 500kcal setiap hari?

Disebabkan aku mengambil kalori tambahan sebanyak +500kcal sehari, maka aku perlu singkirkan kalori itu semula sebanyak 500kcal. Seolah-olah, aku hanya mengambil kalori sebanyak 1500kcal sehari.

Sifu Firdaus juga menegaskan aku perlu patuh pada jadual makan dan tak boleh skip.

Jadual Makan:
8am - breakfast
10am - tea
12pm - lunch (makan nasi)
4pm - tea
6-7pm - dinner
Kenapa tak boleh skip? InsyAllah, akan aku kongsikan di entri Aku Obesiti 120KG Gemuk nak Kurus - Bahagian 1.

Dalam masa yang sama, aku disarankan untuk mengambil set detox Shaklee:

Klik pada gambar rajah untuk paparan lebih jelas.
  • Herb-Lax
  • Herb-Lax bertindak sebagai detox dengan membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Pentingnya usus betul-betul bersih, adalah supaya badan kita dapat menyerap semua nutrien dengan mudah dari setiap makanan yang kita makan.
  • Alfalfa
  • Alfalfa bertindak sebagai fiber yang membantu dalam mencuci/ detox badan dengan membawa keluar toksin, lemak dan lendir keluar melalui sistem perkumuhan dan 'sistem pembuangan air'.

Jom sama-sama kurus dan dapat kawal berat badan!

Terima kasih kerana sudi luangkan masa anda membaca entri ini.

Tolong jangan copy & paste entri ini, melainkan anda rasa entri ini ialah ilmu yang berguna untuk dikongsikan.

Sila hubungi saya untuk pesanan produk Shaklee,
dan pertanyaan/ konsultasi percuma:

Nama: Afham Rusli
SMS/Call/Whatsapp : 013-624 2598
Email : afhamrusli@gmail.com
Facebook :Afham Rusli
Facebook page : Afham Rusli


0 ulasan:

Catat Ulasan