Khamis, 11 Disember 2014

[blog] Mudahnya memiliki blog.

Salam semua.
Tahukah anda blog di blogspot adalah percuma dan anda boleh memeliki lebih dari 1 blog?

Sebelum kita mula, pastikan anda telah memiliki akaun google.
Jika belum, pastikan anda register! free je. kat:
http://www.google.com
1 akaun google untuk semua, termasuk email.
Untuk pengetahuan anda, google akan berikan 15GB free storage untuk setiap akaun kita.
15GB tadi tu, dikongsi dengan email, google+, blog, google drive, dan apa-apa sahaja servis yang ditawarkan google.

Cara mudah untuk memeliki blog

  1. Buka web: http://www.blogger.com untuk membina blog anda.
  2. Masukkan Email dan Password akaun google anda.
  3. Klik New Blog untuk daftar blog anda. Jangan risau, percuma je blog dengan blogger ni.
  4. Suatu popup menu akan keluar, Blogs List > Create a new blog, macam gambar kat bawah tu.
  5. Masukkan tajuk blog anda pada Title
  6. Masukkan alamat blog anda pada Address. Contoh: iskandardankeluarga.blogspot.com
  7. Alamat blog yang anda masukkan akan ditapis telebih dahulu oleh blogger. Dan suatu mesej akan terpapar, untuk menunjukkan alamat blog yang anda pilih itu masih belum ada pemilik atau sudah dimiliki orang.
  8. Mesej menandakan belum ada pemilik: This blog address is available.
  9. Mesej menandakan alamat blog sudah dimiliki orang: Sorry, this blog address is not available.
  10. Pilih aje mana-mana Template yang anda suka.
  11. Kemudian, klik Create blog! untuk bina dan daftarkan blog anda secara rasmi.
  12. Semua maklumat yang kita masukkan dan template yang kita pilih ini, walaupun sudah didaftar, ianya masih boleh ditukar jika nak. 
  13. Tetapi, alamat blog tidak digalakkan tukar. Melainkan anda nak upgrade ke [dot] com, contohnya: www.iskandardankeluarga.com (untuk [dot] com, alamat ini berbayar.)

Memulakan blog anda

  1. Baca bismillah dulu.
  2. Di laman https://www.blogger.com/home . Klik pada tajuk blog anda. Seperti dalam gambar di bawah, untuk ke ruangan Blogger Dashboard.
  3. Blogger Dashboard adalah ruangan khas untuk pemilik (admin) port entri blog dan mengurus blog.
  4. Sekarang anda sudah boleh mula untuk post entri pertama anda.
  5. Suka saya nasihatkan, anda patut backup template blog dan semua entri blog anda. Supaya, jika ada masalah, anda boleh gunakan backup untuk pulihkan blog anda.
  6. Klik di sini untuk belajar backup blog anda. 
Contoh: Tajuk blog.

Contoh: Blogger Dashboard
Mudah ke mudah?
Mesti anda tersenyum senang hati.

Tahniah!

Sekarang anda sudah memiliki blog!
Selamat ber-blogging!

Semoga ilmu dan perkongsian berguna dikongsikan untuk manfaat ramai.

Suka saya kongsikan di sini beberapa peluang:

  1. Servis Bina/ Make-Over Blog untuk blogger blogspot, dengan caj semurah RM50 per blog. Klik di sini jika berminat.
  2. Workshop Pakar Blog. Saya sedang mengadakan survey untuk guru blog saya. Di workshop ini, anda diajar step-by-step untuk membina dan memiliki blog secara professional. Anda juga berpeluang belajar mengarang ayat dengan baik di blog. Klik di sini jika berminat.

Terima kasih kerana sudi luangkan masa anda membaca entri ini. 

Tolong jangan copy & paste entri ini, melainkan anda rasa entri ini ialah ilmu yang berguna untuk dikongsikan. 

Saya juga pakar dalam detox dan kuruskan badan,
anda boleh hubungi saya untuk pertanyaan,
dan *percuma konsultasi secara berterusan.
* Tertakluk pada terma dan syarat.

Nama: Afham Rusli 
SMS/Call/Whatsapp : 013-624 2598
Email : afhamrusli@gmail.com
Facebook : Afham Rusli
Facebook page : Afham-Rusli


0 ulasan:

Catat Ulasan