Isnin, 19 Januari 2015

Aku dan Bell's Palsy

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Saya doakan anda semua sentiasa sihat, berjaya dan kaya.

Entri kali ini perkongsian pengalaman saya ketika bertarung dengan Bell's Palsy.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.
Gambar sekadar hiasan, tiada kaitan dengan mana-mana pihak.
Kesian kat adik ni, baru umur 1 tahun lebih dah kena Bell's Palsy.

Apa itu Bell's Palsy?

Bell's Palsy juga dikenali sebagai stroke kecil. Namun, Bell's Palsy bukan stroke.
Kerana sifat serangan Bell's Palsy adalah lumpuh atau lemah pada sebelah muka kerana kerosakan kepada saraf ketujuh (iaitu saraf muka) tengkorak, yang bertanggungjawab untuk mengawal otot muka. Lumpuh berlaku hanya pada sebelah muka sahaja. Samada kiri atau kanan.
[Sumber bacaan: mdhealthresource.com dan wikipedia.org ]

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.
Gambar sekadar hiasan, tiada kaitan dengan mana-mana pihak.

Punca Bell's Palsy

Punca sebenar Bell's Palsy belum diketahui sehingga sekarang.
Bagaimanapun, hasil kajian sekumpulan penyelidik dan pakar perubatan Jepun mendapati penyakit ini berpunca daripada virus herpes simplex.

Berdasarkan teori mereka, virus itu yang juga punca penyakit kayap dan cengkering (chicken pox), hidup di dalam saraf ganglion sama ada di sebelah kiri atau kanan telinga seseorang.
[Sumber bacaan: wikipedia.org , hmetro.com.my dan utusan.com.my]

Pengalaman Sendiri kena Bell's Palsy

Di suatu malam pada tahun 2010.
Baru sahaja pulang dari pejabat, berhenti di sebuah restoran tapaw makan malam.
Ketika itu, saya merasakan lidah saya kebas. tapi masih berperasangka baik, walaupun dah rasa pelik. Mana la tahu, kot-kot sebab gula-gula yang saya makan sebelum tu, gula-gula Hacks.
Masa tu pun dah kurang sihat sikit sebab batuk-batuk.

Tumpang tidur di rumah kawan, Acab (nama samaran), untuk meraikan dia masuk rumah sewa baru. Walhal, rumah kami dekat sahaja. Ya la, nama pun meraikan. Hehe. Kami makan-makan, tengok TV sambil borak macam biasa.

Bangun esok paginya, muka rasa kebas sangat macam tersalah tidur dilantai banyak permukaan, manakala lidah pula kebas sangat, lebih kebas dari malam tadi, macam kena bius. Bercakap pun tak jelas apa yang dituturkan, sebab lidah dah kebas dan takleh nak lentok-lentok macam kita bercakap ketika lidah ok. Acab ada tanyakan saya, samada saya ok ke tak. Saya cakap, ok kot mungkin tersalah tidur malam tadi. Dengan sangkaan, sebab tersalah tidur, saya pulang ke rumah dan buat aktiviti harian macam biasa.

Maghrib hari yang sama. Nak solat pun bacaan tak betul. Nak makan dan minum pun dah tak betul. Waktu berwuduk pun dah tak berapa betul dah, sebab mulut takleh tutup rapat, berkumur tapi mulut tak boleh nak kenakan tekanan, air kumur akan tersembur keluar macam air pancut.

Selepas solat isyak, saya terus ke emergency Hospital Putrajaya, sebabnya ketika itu paling dekat dengan rumah saya ialah Hospital Putrajaya, dan senang, hospital ni memang dah ada rekod saya. Selepas berdaftar di emergency di ruangan triangle, pendaftar terus label saya sebagai merah. Dia suspek saya kena stroke. Pembantu perubatan tanya saya, bila lagi keadaan ini terjadi pada saya. Saya cakap sejak malam tadi rasanya, sebab kebas masih tak hilang setelah hampir sehari suntuk kebas tak hilang. Dia siap perli saya, "Bagus la! Tunggu lama-lama sikit baru datang.". Saya faham maksud dia, bahaya jika dibiarkan lama-lama.

Doktor terus bawa saya masuk dalam untuk analisis awal. Tengokkan keadaan saya, doktor suruh saya pejam mata, tutup mulut, lawan pergerakan tangan dan kaki bila doktor tahan. Kemudian, doktor minta pembantunya bawa saya pergi buat scan otak untuk tentukan samada sakit saya itu stroke atau bukan. Alhamdulillah bukan stroke. Doktor suspek saya kena jangkitan virus, kerana serangan hanya pada sebelah muka.

Doktor explain, virus ni kemungkinan bersebaran melalui udara ataupun bertumpangan melalui orang perorangan ataupun haiwan. Mungkin juga sebab saya kurang sihat masa tu, demam batuk sakit tekak, kemudian terjangkit. Doktor cakap juga, sampai sekarang takde kajian saintifik boleh buktikan cara serangan virus tu macamana.

Bell's Palsy ni, virus makan otot dan saraf pada muka. Yangg peliknya sebelah je. Kata doktor, kalau lambat treatment boleh turun ke leher, dan turun lagi. Tapi biasanya jarang ada kes melarat sampai leher sebab pesakit selalunya akan ke klinik or hospital apabila sebelah muka kebas, mata takleh tutup rapat atau buka penuh, mulut takleh tutup rapat atau buka penuh macam biasa, muka senget sebab tertarik oleh muka sebelah lagi yang ok. Macam kena stroke gitu. Time tu saya terkejut juga. Pertama kali dapat tahu berkenaan sakit atau jangkitan seperti ini.

Namun, secara logik, sepatutnya orang sekeliling saya pun kena. Ujian Allah, hanya saya seorang sahaja yang kena.

Doktor berikan saya ubat antivirus, steroid, ubat titik mata untuk lembapkan mata sebab takleh tutup rapat, dan lain-lain ubat saya tak berapa ingat.

Syukur kehadrat Ilahi. Alhamdulillah.
Selepas makan ubat-ubat itu, kebas hilang, otot dan saraf mula ada semula pada sebelah muka yang kena Bell's Palsy. Bila ditekan-tekan pada muka yang kena Bell's Palsy, dengan muka yang normal, jelas boleh rasa pada bahagian serangan Bell's Palsy boleh rasa tulang, berbanding boleh rasa otot-otot pada bahagian yang normal.

Disebabkan muka yang kena serangan Bell's Palsy kekurangan otot dan saraf, muka makin senget. Herot ke arah muka yang normal sebab ditarik oleh otot-otot yang kuat di sebelah muka yang normal. Jika kalian tengok muka saya sekarang. Bagi yang pernah jumpa saya atau tengok gambar saya yang terbaru, ada nampak tak muka saya senget, lebih-lebih lagi pada mulut ?

Takde kan. Macamana nak pulihkan semula muka yang senget? Jika nak tahu, saya ada ceritakan pada sub-topik berikutnya. 

Rawatan Pulihkan Muka Herot/Senget Sebab Bell's Palsy

Kebetulan di Hospital Putrajaya ada Unit Fisioterapi dan Klinik Perubatan Tradisional.

Di Unit Fisioterapi, saya diajar macamana untuk mengurut muka dan melakukan aktiviti fisio yang boleh membantu dalam menguatkan otot-otot dan saraf muka. Turut diberikan, pamplet cara-cara urutan fisioterapi untuk pesakit Bell's Palsy. Fisioterapi ni, saya hanya perlu hadir sekali sahaja, kemudian, disarankan kerapkan urut sendiri di rumah atau pejabat. Mesti, dilakukan dalam keadaan baring.

Selain itu, saya turut buat carian di internet berkaitan cara-cara untuk pulihkan muka yang herot senget ini. Disarankan akupuntur ialah teknik terbaik untuk pulihkan muka. Di Hospital Putrajaya, terdapat Klinik Perubatan Tradisional yang turut menawarkan khidmat akupuntur. Saya walk-in bertanyakan caj perkhidmatan. Harga yang ditawarkan, sama macam mana-mana pusat akupuntur. Bagusnya, mereka sarankan saya dapatkan surut rujukan daripada doktor pakar untuk dapatkan khidmat akupuntur percuma. 

Kebetulan pesakit Bell's Palsy akan ditetapkan temu-janji dengan doktor pakar, sebab doktor hanya menduga ianya Bell's Palsy. Jadi doktor perlu berjumpa saya semula untuk memastikan kesihatan saya bertambah dengan baik, Saya gunakan peluang ni dengan baik, saya minta jasa baik doktor pakar tadi untuk membuat surut rujukan bagi membolehkan saya mendapatkan rawatan akupuntur untuk Bell's Palsy.

Alhamdulillah, saya berjaya membuat rawatan akupuntur percuma di Klinik Perubatan Tradisional, Hospital Putrajaya. Sesi akupuntur saya sepatutnya banyak, tapi saya hanya buat akupuntur 5 kali, sebab kekangan dengan kerja yang makin sibuk.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.
Gambar sekadar hiasan, tiada kaitan dengan mana-mana pihak.

Rawatan Fisioterapi Muka

Segala bentuk jenis urutan mestilah dalam keadaan baring, dan diurut dari dagu, mulut, pipi, hidung, kening, dan dahi, dilalukan di atas telinga, sehingga belakang cuping telinga, dan gentel belakang cuping telinga 3-5 kali. Kemudian, ulang semula dari bahagian muka yang diurut. Ulang sekurang-kurangnya 3 kali setiap bahagian.

Selain itu, senaman tiup belon banyak-banyak kali, membantu untuk kuatkan semula otot-otot dan saraf pada mulut. Ahli fisioterapi turut sarankan saya untuk tiup belon sehingga pecah. Jika berjaya pecahkan belon, itu tandanya mulut saya dah kuat.

Ketika minum air, guna straw je, sebab susah nak tutup mulut dan minum air macam biasa. Makan pun sama, saya terpaksa guna sudu untuk suap makanan. Bayangkan, kalau makan minum macam biasa ketika kena Bell's Palsy, saya seolah-olah makan macam bayi, abis comot. Hehe.

Saya turut menyediakan 2 video demonstrasi cara urutan fisioterapi muka, selamat menonton:


Perasaan Ketika Kena Bell's Palsy

Jujur saya cakap, pada permulaan, sesiapa yang menghadapinya pasti moral jatuh, keyakinan diri jatuh, motivasi diri jatuh. Saya alaminya sendiri.

Alhamdulillah keluarga dan kawan-kawan memahami dan memberi sokongan moral dan motivasi untuk teruskan hidup ini. Dari situ, saya dapatkan semangat untuk mencari jalan untuk pulihkan muka saya.
Paling penting redha dengan ujian Allah dan terima positif serta berusaha untuk pulihkan muka.

Sehingga kini, saya masih mengurut muka saya.

Ada Kata Steriod Menggemukkan

La! Baru saya tahu steroid menggemukkan.
Sebelum ni tak pernah tahupun.
Kini, steriod ni, menjadi salah satu punca saya gemuk.

Pengambilan Supplement (Pemakanan Tambahan) Juga Membantu Pulih Bell's Palsy

Sila klik di sini untuk ke entri berkaitan sub-tajuk ini.

Afham Rusli
013-624 2598
afhamrusli@gmail.com


18 ulasan:

  1. saya pun ada kawan yg kena bell palsy.
    dapat mc dlm 2 weeks..tp ms naik kerja masih nampak kesannya sket2.
    nampak kwn ni cam low konfiden...


    Bell Palsy: Strok Di Bahagian Muka Yang Siapa-Siapa Pun Boleh Kena. Wajib Ambil Tahu! | Diari Mama

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf baru sempat reply.
      Harap dapat bantu dia dari segi sokongan moral.
      Banyak cara untuk pulihkan keadaan mukanya.
      Insya-Allah hampir semua saya dah senaraikan dalam blog saya ni.
      Saya lebih suka cadangkan, pengambilan suppliment Vivix.
      Sebab saya perhatikan kesannya amat menggalakkan bukan sahaja untuk Bell's Palsy, tapi juga untuk kesihatan.

      Padam
  2. Kalau dilihat kebanyak pesakit Bells Palsy nie memang tiada tanda langsung kan.
    Terjadi secara mendadak.
    Bimbang juga la mcm tue.

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf baru sempat reply.
      Dari segi tanda tu ada.
      Cuma selang sehari sebelum dapat tengok secara ketara.

      Antara tandanya:
      Terasa pipi tembam, kebas, berat sebelah, atau
      Lidah kebas, atau
      Mata susah nak tutup, berair tanpa sebab.

      Antara tanda yang lemah:
      Penat yang melampau-lampau tapi badan masih rasa bertenaga.

      Cara atasi peringkat awal:
      Ambil pemakanan tambahan (suppliment), atau
      berjumpa doktor.

      Padam
  3. Seram juga dengar penyakit yang muncul tiba-tiba ni. Alhamdulillah dah banyak cara untuk rawat penyakit Bell's Palsy ni.

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Sampai muka betul² nampak normal, hampir 1 tahun.

      Ikhtiar saya dalam masa 1 tahun tu:
      1. Ubat dari hospital seminggu.
      2. Urutan fisioterapi (buat sendiri, berterusan sehingga sekarang)
      3. Akupuntur selepas beberapa minggu mula rawatan fisioterapi, sebanyak 5 kali dengan selang-seli antara beberapa minggu than bulan antara treatment akupuntur, kemudian saya dah stop sebab sibuk dengan kerja.

      Anda mungkin ada beberapa persoalan yang sering diajukan kepada saya:

      Kalau tanya saya, takut tak serangan ni berulangan dengan stroke sekali?
      Jawapan saya: Ya.

      Kalau tanya saya, adakah work life saya sibuk macam dulu?
      Jawpaan saya: Ya, bahkan semakin sibuk sebab tanggungjawab semakin besar.

      Kalau tanya saya, apa persiapan saya untuk atasi Bell's Palsy atau Stroke?
      Jawapan saya: Setelah membuat pembacaan online dan sembang-sembang dengan kenalan. Produk Pemakanan Tambahan (suppliment) Shaklee amat meyakinkan saya, dan insya-Allah usaha ni berbaloi untuk menjaga kesihatan saya.

      Kalau tanya saya, jika saya ketahui lebih awal berkenaan kelebihan dan kemampuan Vivix, produk bergelar tonic ajaib, dari Shaklee ni dapat membantu merawat Bell's Palsy, Stroke, Diabetis, dan lain-lain mulai peringkat sel?
      Jawapan saya: Saya pasti akan ikhtiar dapatkannya!!! Namun, ramai dah terbukti kembali pulih dan sihat dengan Vivix. Antara testimoni yang anda boleh tonton: https://www.youtube.com/watch?v=V_hOHpOIYH8

      Akan datang saya akan kongsikan entri blog berkenaan bagaimana Vivix berfungsi membantu dalam membaiki DNA rosak.

      Padam
  5. Saya sudah 2 kali kena bell palsy. Dan utk kali ni sudah lebih 3 bulan tiada perubahan..

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. skrang muka saya rasa sakit2 sbelah muka..bila le hospital .. doc ckp alaa.. pening kpla je tu..risau pulakk

    BalasPadam
  8. skrang muka saya rasa sakit2 sbelah muka..bila le hospital .. doc ckp alaa.. pening kpla je tu..risau pulakk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau berdasarkan pengalaman saya.. kalau nak kena bellpalsy ni memang tak akan ada rasa sakit2 pun.
      Mungkin betol ckp doktor tu. Heje

      Padam
    2. Kalau berdasarkan pengalaman saya.. kalau nak kena bellpalsy ni memang tak akan ada rasa sakit2 pun.
      Mungkin betol ckp doktor tu. Heje

      Padam
    3. Saya setuju dgn azharuddin.
      Bell's Palsy tak melibatkan kesakitan.
      Awalnya kebas. Kemudian hilang kawalan pada anggota muka.

      Padam
  9. Sy 10.8 hri tu bru di sah kan hidap bell's palsy..

    BalasPadam
  10. bentuk muka saya tak simetri dan eyelid sebelah kanan dan kiri pun tak sana. saya prnah dpat sakit kepala di belakang telinga. tapi selepas saya buat rawatan bekam tembam di sebelah kanan muka saya kurang sikit. tpi saya tak prnh prgi hospital.

    BalasPadam
  11. simptom mcm saya ni bell pasly jga ke. perlu ke jumpa doktor. sebab tembam di muka saya kurang sikit lpas saya buat rawatan bekam. tapi bentuk eye lid saya masih tak sama.

    BalasPadam