Isnin, 19 Januari 2015

Tips Mudah Camne Nak Copy & Paste Tanpa Kantoi


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Entri kali ini ada kaitan dengan cara Copy & Paste dengan tujuan perkongsian ilmu entri dari web atau blog lain.

Pernah Kantoi Copy & Paste dari tempat lain?

Jika YA, maka anda wajib baca entri ni.

Tips Mudah Untuk Elak dari Kantoi

Copy & Paste keseluruhan entri termasuk teks dan gambar, dan sebagainya:

Untuk Teks:

  1. Buat New post.
  2. Kemudian, Copy & Paste entri yang anda nak copy dan share itu pada ruangan post ini.
  3. Selepas paste, klik mana-mana pada ruangan taip entri. Kemudian, tekan Ctrl + a pada keyboard, untuk Select all entri yang di-copy & paste tadi.
  4. Kemudian klik icon ni, namanya Remove Formatting
    Rajah: Remove Formatting.
    Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

    Remove Formatting terdapat pada Blogger Post's Tools Bar, seperti pada rajah di bawah ini:

    Rajah: Blogger Post's Tools Bar.
    Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.
  5. Semua format pada entri itu akan terpadam dan akan mengikuti format default pada blog anda.
  6. Betulkan semula entri berkenaan supaya kelihatan lebih kemas.
Untuk Gambar:
  1. Ada baiknya anda Save gambar berkenaan dalam PC atau laptop anda terlebih dahulu.
  2. Kemudian, upload dan letak pada entri berkenaan.
  3. Sekiranya, anda terus gunakan gambar yang sedia ada selepas Copy & Paste, atau gambar melalui URL gambar. Kelak anda mungkin berdepan dengan masalah sekiranya gambar berkenaan dipadam atau di-delete oleh pemilik asal gambar.
  4. Untuk elak entri anda dari menjadi cacat dan kurang menarik sebab gambar hilang. Maka langkah 1. hingga 2. pada Untuk Gambar amat penting dalam proses ini.

Yang Terbaik, Walaupun Copy & Paste

Yang terbaiknya, anda tetap kongsi dan bagi kredit kepada penulis asal entri tu.
Jika tidak tahu nama penulis, boleh juga kongsi alamat URL dari tempat yang anda Copy & Paste.

Afham Rusli
013-624 2598
afhamrusli@gmail.com


0 ulasan:

Catat Ulasan