Selasa, 7 Julai 2015

Mudahnya Menjemput Rezeki

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Terbaca entri di blog sahabat saya bertajuk yang sama.
Sengaja dikekalkan tajuk entri untuk kekalkan 'aura' atau tenaga yang dirasai. 
Jom sama-sama baca dan *amalkannya. 

NOTA:

*Hak untuk beramal, kebebasan yang Allah SWT bagi kepada kita tanpa kita perlu bayar balik hatta 1 saat kita hirup udara ciptaan-NYA. Fikir-fikirkanlah.


= = = = = = = = = = = = = saya kongsikan semula cerita dari sahabat saya = = = = = = = = = = = = =

A very good sharing by a friend of a friend of mine.
(Perkongsian yang baik dari seorang sahabat kepada sahabat saya.)

Saya pergi semalam ke SEMINAR MUDAHNYA MENJEMPUT 
REZEKI di Melaka anjuran SEK REN i-MUSLEH bagi mengutip dana pembinaan
sekolah. Penceramah seminar ini adalah Pn.Areena Ahmad Jurulatih "Seminar Mudahnya 
Menjemput Rezeki" yang dilatih oleh USTAZ FATHURI SALEHUDDIN.


Apa yang diceritakan semuanya berbalik semula pada AL-QURAN & AS-SUNNAH.

Networking (Hubungan) kita dengan ALLAH mesti luar biasa.
Barulah rezeki kita luar biasa. Ini kerana beliau kata di luar sana kebanyakan biasa berbanding
luar biasa. Dia menceritakan kita penat untuk mencari rezeki, tapi kita tak usaha untuk menjemput rezeki.

1. Networking pertama adalah DHUHA.

Jika kita selalu buat 2 Rakaat..sekarang ubah tambah rakaat..makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waaqi'ah.
Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya.Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa. Jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT

2. Tahajjud. 

Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni.
Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

3. Membaca Al-Quran. 

Apa yang di cerita,bangun pagi kita jangan buka handphone atau rancang nak buat apa 
dulu..mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat.
Ini kerana apabila kita melakukan ini..Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada
kita untuk 1 hari. Jadi tiada istilah "TIADA MASA".
Contoh : 
bila tak baca Quran dgn alasan banyak kerja, even duk rumah je pun, kita akan rasa. 
"Eh, dah pukul 12? 
Cepatnya masa berlalu!
Belum masak lagi, belum sidai kain lagi". Sebab tiada keberkatan masa.
Seolah kita melakukan sesuatu perkara tu terlalu mengambil masa, terlalu lama. 
Sedangkan bila kita baca Quran pagi2 tu, 
kita akan rasa, "Eh baru pukul 8am lagi tadi aku buat kerja sana sini? 
Laju sangat ke aku buat kerja? 
Rasanya biasa je, relax je. Hmm"

4. Berzikir.

Beliau meminta semua berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari.

5. Solat Berjemaah.

Terutama lelaki, solat berjemaah di surau atau masjid.
Pergi 10 minit awal sebelum azan.


6. Bersilaturrahim.

Janganlah kita memecahkan silaturrahim. 
Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang lapang dan tenang.

7. Bersedekah. 

Ini amalan yang sangat dititikberatkan kerana sedekah satu power yang luar biasa. Nak sakit sembuh,nak anak dengar cakap kita,nak kaya perlu kita sedekah. 1 kali memberi. 
Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.

Testimoni beliau lagi..

seorang kawan pergi outstation 7 hari. 
Sebelum outstation..kawan dia pergi bayar 'INSURANS'..
bukan insurans prudential atau takaful tapi insurans SEDEKAH. 
Dia sedekah 3 tempat anak yatim. 
Dijadikan cerita..iron (Sterika) rumah dia tak tutup. 
Selama 7 hari tiada apa yang berlaku pada rumah dia..iron tu hanya panas sahaja. SUBHANALLAH

8. Solatlah di awal waktu.

Panggilan ALLAH lagi penting dari segala-segalanya. 
Contoh : Jika anda hendak susun 40 batu..
batu yang ke 39 azan berkemandang,agaknya kita sambung batu terakhir atau tidak??
Pesan beliau sambunglah batu terakhir selepas solat.

9.Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH. 

Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10. Tawakal dan Usaha.

Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal.
Tawakal dulu baru usaha..minta bulat-bulat pada Allah..baru kita usaha.


4 amalan surah setiap hari.

● Surah Yaa Siin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waaqi'ah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Pesan beliau juga minumlah air masak 3 liter sehari.


Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki.
Semoga ada manfaat buat kita...
Sedang mencuba InsyAllah

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = 

Alhamdulillah 

Diharap semua pembaca beroleh manfaat daripada perkongsian ini. 
Afham juga dalam proses istiqamahkan diri dalam mengamalkan amalan menjemput rezeki. 

InsyAllah kita akan sentiasa dalam keadaan dilindungi Allah SWT serta sentiasa dicucuri rahmah dan barakah-NYA. 




0 ulasan:

Catat Ulasan