Khamis, 22 Oktober 2015

Begedil Daging [ Meat Patty ]

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua..

Awal bulan Okt 2015, Afham terasa nak masak begedil daging. Baru je bertanya resepi dengan Chef Google. Chef Google syorkan guna resepi akak dari blog ceriteraibu.blogspot.my. Akak ni nak dijadikan cerita dia masak begedil sebab nak makan dengan bihun sup dia, seperti dalam gambar bawah ni. Semua gambar dalam ni, akak tu punya, bukan Afham punya. Best kan kalau dapat makan makan bihun sup dengan begedil ?!


Begedil Daging

Begedil Daging atau English nya Meat Patty (entah betul entah tak English nya, hantam saja la ).
Gambar ni pun akak tu punya juga. Sebab Afham punya masih belum mula masak. Afham kat pejabat lagi ni, tolong kawan siapkan kerja dia. (Afham budget baik la, tolong kawan. Muahaha...)


Bahan-bahan untuk hasilkan 20 biji Begedil Daging:

  • 4 biji ubi kentang (saiz sederhana)
  • 250 gram Daging cincang (akak ni guna sekeping jer, brand Ramly)
  • 2 biji telur
  • 1 labu bawang besar (potong dadu)
  • Secekak daun sup / daun kucai (potong kecik2)
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuat Begedil Daging:

  1. Kupas ubi kentang dan potong dadu besar atau potong bulat-bulat. (ikut citarasa masing-masing).
  2. Kemudian, goreng ubi kentang tadi sampai empuk dan toskan minyaknya. (Kalau nak rebus pun boleh, tapi lama sikit la nak tunggu kentang tu empuk)
  3. Ketika menggoreng ubi kentang, kalau guna 2 dapur, boleh la sambil-sambil tu goreng TANPA MINYAK daging cincang sampai masak. Dan toskan minyak daging selepas masak. Macam gambar di bawah ni (gambar akak tu punya gak).


  4. Lenyek ubi kentang yang telah siap digoreng tadi menggunakan batu lesung atau kreativiti masing, janji terlenyek.


  5. Potong dadu bawang besar dan potong kecil-kecil daun bawang / daun kucai. (akak ni guna dua-dua jenis daun sekali.) 


  6. Satukan daging cincang yang dah siap goreng, ibu kentang lenyek, bawang dan daun bawang/kucai dalam satu bekas. Kemudian, masukkan kuning telur, serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam dan sedikit garam.Gaul semua bahan sehingga sebati.


  7. Bentukkan aduanan bulat-bulat dan kemudiannya dileperkan. Buat sehingga habis adunan. Untuk adunan ni, aka ni telah berjaya menghasilkan 20 biji begedil. (ehem...ehem..bergantung kepada saiz yang korang buat la. Mungkin korang dapat lagi banyak atau lagi sikit dari akak ni disebabkan saiz yang korang bentukkan begedil tu.)


  8. Panaskan minyak untuk menggoreng. Minyak tak perlu banyak sangat, agak-agak boleh tenggelam separuh begedil pun dah cukup. Celupkan begedil dalam putih telur dan masukkan dalam kuali. Agak-agak sebelah bawah dah garing baru terbalikkan. Goreng sehingga warna keemasan dan angkat...terus ngap! (hehe. korang ngap la! Afham tunggu suam/sejuk dulu baru ngap.)
  9. Siap!! Hidangkan. boleh dimakan begitu sahaja atau cicah dengan sos. Boleh juga makan dengan soto. (ehem..ehem...tak lupa juga boleh makan dengan bihun sup. hehe.) Hasilnya seperti gambar yang dikongsikan oleh akak ni (kat bawah ni).


Selamat Mencuba dan Menjamu Selera.


0 ulasan:

Catat Ulasan