Ahad, 31 Januari 2016

Apa itu Shaklee Cares?

Shaklee Cares ialah sebuah organisasi awam bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan pada tahun 1992 berikutan tragedi Taufan Andrew. Organisasi amal ini komited dalam menghulurkan bantuan secara langsung kepada mangsa-mangsa bencana alam dan kecemasan, serta penduduk yang bertugas di kawasan terbabit.

Antara sumbangan Shaklee Cares termasuklah bekalan makanan, produk pencuci, sumbangan tunai dan tenaga sukarelawan.

Sejak tahun 1992, beribu jam masa para sukarelawan dan jutaan dolar dalam bentuk tunai dan produk telah disumbangkan bagi membantu ahli-ahli keluarga Shaklee dan membina semula komuniti mereka.

Di samping itu, Shaklee juga berhasrat untuk menyebarkan kesedaran mengenai pentingnya kehidupan yang sihat dan peranan kita semua dalam mengekalkan keharmonian alam sekitar melalui aktiviti seperti ceramah penjagaan kesihatan dan program menghijaukan alam sekitar.

Antara aktiviti yang telah dijalankan Shaklee Cares:

  • Khidmat masyarakat
  • Ceramah Penjagaan Kesihatan
  • Program “Green Day”



0 ulasan:

Catat Ulasan