Ahad, 6 November 2016

Ibu Mengandung Mengalami Bacaan Asid Urik Tinggi

Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera Semua.

AfhamRusli.Com (ARC) atau Afham ingin berkongsikan tentang Asid Urik atau Gout ketika hamil.

Afham sendiri pernah kena gout, tapi Afham lelaki, perkongsian kali ini berkaitan wanita mengandung mengalami bacaan asid urik yang tinggi. Afham terkejut berkaitan perkongsian ini oleh rakan-rakan.

Bacaan asid urik tinggi amat merisaukan ramai kaum ibu atau bakal ibu kerana asid urik tinggi di dalam darah akan mengganggu pertumbuhan bayi dalam kandungan. Menurut suatu perkongsian lain, mengatakan doktor kebiasaannya tidak akan memberi sebarang ubat untuk menurunkan paras asid urik kerana doktor risau ubatan berkaitan mungkin menimbulkan kesan sampingan yang boleh mengancam keselamatan bayi dalam kandungan dan ibu yang mengandung. Para kaum ibu kebiasaannya turut dinasihati doktor untuk kerap meminum air masak dan kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi protein tinggi seperti daging dan kekacang.

Antara 2 faktor yang berkemungkinan menjadi punca asid urik tinggi ketika mengandung:
  1. Kita juga faham bahawa bayi di dalam kandungan memprolehi khasiat melalui ibu. Selain itu, bayi juga menyingkirkan sisa buangan dari tubuhnya melalui ibu. Asid urik adalah bahan singkiran metabolisme dalam badan. Kita juga kena faham, ibu bukan sahaja perlu menanggung asid urik yang dihasilkan oleh badannya sendiri, tetapi ibu berkenaan turut juga perlu menanggung sisa asid urik bayi dalam kandungannya.
  2. Ketika mengandung, pundi kencing ibu akan menjadi sempit kerana ditekan oleh bayi dalam kandungan. Oleh sebab ini, ibu berkenaan akan kerap merasa dirinya hendak buang air kecil. Menjadi antara punca ibu berkenaan kurang meminum air semasa mengandung kerana penat berulang-alik ke tandas. Tanpa air yang cukup untuk mencairkan darah yang semakin pekat, menjadi antara punca akan alami masalah paras asid urik ibu tinggi semasa mengandung.
Bacaan asid urik tinggi semasa mengandung merupakan satu petanda bahawa ibu berkenaan mungkin mengalami masalah ‘preeclampsia’ yang berpunca daripada perkembangan plasenta yang kurang lengkap. Preeclampsia adalah satu keadaan di mana saluran darah yang membekal nutrien kepada bayi tidak terbentuk dengan baik menyebabkan pengaliran darah bayi dalam kandungan kurang lancar. Oleh sebab itu, sistem badan bayi akan menghasilkan hormon-hormon tertentu yang akan meningkatkan keupayaan pengaliran darah dari ibu kepada bayi dalam kandungan. Pada masa yang sama, tindakbalas hormon ini akan menyebabkan tekanan darah si ibu meningkat bagi menampung keperluan darah bayi dalam kandungan dan ibu berkenaan.

Preeclampsia adalah satu keadaan yang rumit dan mungkin boleh mengancam nyawa bayi dalam kandungan dan ibunya. Jika anda sedang hamil dan mendapati tekanan darah meningkat dan paras asid urik tinggi, saya cadangkan anda dapatkan konsultasi doktor yang berpengalaman dalam kes preeclampsia untuk dapatkan nasihat atau penyelesaian.

Selain itu, rakan-rakan Shaklee saya yang pernah mengalami atau mempunyai pelanggan dalam situasi asid urik tinggi ketika mengandung, menyarankan pengambilan Omega Guard yang insya-Allah dapat membantu mengurangkan asid urik dalam badan. Turut digunakan oleh pesakit gout. Berikut ialah hasil perbualan antara rakan-rakan:


Jika anda berminat untuk mendapatkan Omega Guard, Set Hamil, dan Set Bersalin. Dengan melanggan Set Hamil, atau Set Bersalin, anda berpeluang menjadi ahli Shaklee secara PERCUMA. Anda boleh menghubungi saya pada medium seperti berikut:

Nama: Afham Rusli
SMS/Call/Whatsapp/Telegram : 013-624 2598
Facebook : Afham Rusli
Facebook page : Afham Rusli


0 ulasan:

Catat Ulasan