Isnin, 27 Mac 2017
Kat Ofis Selalu Ngantuk? Lesu? Jom atasinya!
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat sejahtera.
Afham selalu juga mengalami mengantuk awal pagi di ofis (pejabat). Padahal kerja dalam aircond dan tidur malam mencukupi. Ada juga rakan sepejabat cakap mungkin sebab sebelum ni asyik berjaga malam bersengkang mata menyiapkan projek. Ada rakan yang banyak minum kopi, Afham pula banyak minum teh atau teh-o. Maklum la, pengambilan kafein dari kopi atau teh membantu dalam menyegarkan mata untuk berjaga malam.
Stress tu... Pergh... Projek siap berganti baru. Nak rehat sehari pun pun tak tenang. Weekend pun kadang-kadang kerja siang malam juga.
Sebagai jurutera lebih-lebih lagi yang terlibat dengan bahagian design kebanyakannya kerja siang malam. Macam doktor medical yang on-call. Sudah pastinya badan banyak guna tenaga dan nutrien dalam badan untuk mengekalkan prestasi tubuh. Namun, dengan keadaan kerja yang sibuk sebegitu makan pun tidak tetap masa, kadnag-kadang skip makan. Adakalanya mengambil makanan yang tiada zat dan nutrien yang mencukupi. Lebih-lebih lagi junk-food dan makanan segera.
Selepas semua keadaan itu, badan kita seolah-olah kereta yang kekurangan minyak petrol dan minyak hitam (pelincir). Dengan pengambilan makanan sihat seperti biasa sahaja belum mencukupi untuk badan beroperasi pada tahap terbaiknya. Petrol dah isi tapi kereta kurang pecutan, sebab minyak hitam belum tukar. Insya-Allah, selepas pengambilan pemakanan tambahan, badan kembali segar dan bertenaga luar biasa.
Hasil dari pengalaman diri Afham sendiri. Dengan meminum ESP setiap pagi. Membantu mengatasi masalah lesu ni. Dan beri lebih stamina untuk bekerja seharian. Letak kat rumah 1, ofis 1. Senang sahaja, isikan air kosong (atau suam) dalam shaker , kemudian buh 1 sudu ESP. Nak rasa kaw, buh 2 sudu. The best part, ESP ni boleh bancuh dengan apa-apa sahaja kecuali kopi dan teh.
Afham sendiri pernah buat, bancuh dengan milo, susu tepung. Pernah juga buat ice-blended dengan ESP + pisang. Sedap!!! Macam-macam resepi ikut citerasa sendiri. Resepi pelik-pelik ni, Afham buat kat rumah je. Kat bancuh biasa je, kalau ada milo baru taruk milo.
Nak dapatkan ESP ?
Anda boleh hubungi atau whatsapp Afham melalui 013-624 2598
Jumaat, 24 Mac 2017
Bell's Palsy dan Stroke
By Afham Rusli3/24/2017 08:49:00 PTGBells Palsy, Bells_Palsy, Mini Stroke, Rawat_Stroke, Stroke, vivixNo comments

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat sejahtera.
Afham semakin risau dengan masyarakat kita dan penyakit Bell's Palsy dan Stroke.
Bell's Palsy dan Stroke merupakan antara penyakit yang paling digeruni ramai.
Bell's Palsy walaupun hanya menyerang sebelah muka. Tetap membawa impak yang negatif pada diri pesakit. Stress, malu, dan susah untuk makan minum dan lain-lain aktiviti melibatkan mata, mulut dan memek muka.
Stroke antara paling ditakuti ramai. Kebanyakan masyarakat kini bergantung hampir sepenuhnya kepada gaji. Apabila terkena stroke sudah pasti tidak dapat bekerja. Walaupun boleh sembuh, tetap stroke akan tinggalkan kenangan kekal yang tidak dapat di sembunyikan.
Bersyukurlah anda masih sihat.
Jom amalkan pemakanan sihat dengan pemakanan tambahan untuk memastikan badan kita menerima pemakanan lengkap yang diperlukannya untuk kehidupan kita seharian.
Sekiranya anda salah seorang pesakit atau bekas pesakit Bell's Palsy atau Stroke. Takziah buat anda. Semoga anda cepat sembuh dan Allah permudahkan urusan. aamiin.
Akan datang saya akan kongsikan tentang Vivix dan kenapa kita perlukan Vivix ketika usia kita semakin tua. Tiada orang dari masa ke masa semakin muda. Serta macamana Vivix memainkan peranannya dalam membantu pesakit Bell's Palsy dan Stroke untuk kembali sihat. Beruntung saudari dalam gambar di atas ini. Beliau mengambil masa sekejap sahaja berbanding saya, 1 tahun baru pulih keadaan muka saya. Saudari ini, dengan mengamalkan Vivix dan beberapa vitamin lain untuk pulihkan keadaan mukanya dari sakit Bell's Palsy. Beliau ambil masa dalam 4 bulan sahaja dari bulan 10 tahun 2015 ke bulan 1 tahun 2016 untuk pulih. Ketika saya mengalami Bell's Palsy dulu, belum ada orang perkenalkan Vivix. Doakan saya dapat berkongsi dengan jayanya. Aamiin.
Ada sesiapa perlukan khidmat nasihat dan nak dapatkan Vivix.
Sila hubungi/whatsapp saya, Afham Rusli, +6013-624 2598.
Sila hubungi/whatsapp saya, Afham Rusli, +6013-624 2598.